Saturday 5 July 2014

Cabaran Gojes Ladies

ni cabaran untuk team Gojes Ladies... nak join ke.. tunggu kitaorg buat dulu ye...

SALAM RAMADHAN AL MUBARAK

Khas untuk pembaca blog ini.. semoga anda semua berjaya mengharungi puasa selama sebulan....

Tuesday 24 June 2014

SUARA TANGISAN

Tak tahan dah aku dok dengan hari-hari nangis je budak ni. Kalau tak baby yang bersuara, suara budak berumur 3 atau 4 tahun. Sekali-kali aku dengar suara perempuan menjerit.. "nak apa lagi!!!!" wah kuatnya suara tu.. kalau aku ada dalam rumah tu sure jantung aku jatuh.. kedebek... kebuk ke bawah. Maklumlah.. suara cam halilintar.. sudah tentu baby dan kanak-kanak yang berada dalam rumah tu akan kecut perut. Elok-elok nangis sikit, ni nangis lagi kuat. 

Bila aku tanya pada Ketua Wanita Umno kecil di sini.. tak lak feedback bagus. Vengong.., tu yang mampu aku ucapkan. Bukan apa.. bila orang mengadu tu pergi le buat sportcheck.. ke soal ke.. apa-apa je le.. ni tak boleh kata oooo yang tingkat 9 pintu 1. Tu je jawapan dia.. Arrrrggghhh!!! nyaris-nyaris nak je aku lepuk minah ni... Dia tak tahu betapa tension giler aku sebab ari-ari dok dengar tangisan kanak-kanak kat sini. Aku ni telinga memang pantang giler! nak-nak kalau dengar bunyi budak nangis. Aduhai! Nak campur.. nak je aku pi cari rumah orang tu.. tapi aku kena sound lak ngan bos aku ni supaya jangan sibuk hal orang. 

Entahlah... suara hati aku luahkan kat sini le gamaknya.. Nak aku call polis, kang mesti polis tanya tingkat ape, pintu apa.. aduii nak jawab apa... Yang tak tahan.. yang tak paham, setahu aku kalau budak nangis bukan ke nak apa-apa... mmm kalau baby mungkin dia kencing ke, haus nak susu ke... mimpi takut terkejut dari tidur tu yang melalak. Yang penjaga pun dodoi har, peluk har atau apa-apa har janji baby tu leh diam. Ni bagi je tune baby tu dari low voice higher dah... eh kuat nok! aku tak tipu... aku tension dah sekarang ni sebab bangun pagi suara budak tu, tengahari hingga petang. Tak berhenti suara budak nangis. Yang jadi heran bin ajaib, malam tak de.. eh agak-agak tu babysitter ke.. sure-sure petang mak budak tu ambil. Tu yang sunyi je malam. Sekarang ni aku dengar suara baby tu serak dah.. hari-hari nangis.. mana nak merdu dah.. hancus... kang dah besar sora mesti kasar... sebab pecah ko.. masa kecik melalak je.. ahakz... malang sungguh kalau dapat penjaga sebegitu!

Gambar? mana ada gambar.. nak amik gambar baby nangis kat internet..? tak yah har kang kono saman lak... 

PERCAYA TAK PERCAYA!

DUNIA... OH DUNIA!

Kadang-kadang aku rasa citer adik http://hotlips-yuya.blogspot.com/2014/06/sila-sebarkan-kisah-sebenar-puan-lola.html?showComment=1403566978586   x masuk akal.. camne pun blogger ni nak tunjuk ibu tu x bersalah... bagi pembaca dan bagi aku sendiri memang x leh terima. Ramai orang dalam dunia ni yang lagi susah, adalak tu bukan miskin pelajaran, miskn harta, anak ramai, suami sakit lumpuh, si ibu cleaner je.. duduk umah tu har sewa rm150 sebulan.. alahai rumah lagi buruk..handphone pun tarak.. baju.. mmm jgn cakap har.. tapi tanggungjawab seorang ibu pada anak-anak yang ramai, anak yang lumpuh, anak yang cacat, suami yang berpenyakit dan telah lumpuh, boleh lak ibu tu jaga.. tak lak di asingkan tempat tinggal. Tak lak di katakan sayang sehingga kurus, busuk, makan tahi sendiri dan sebagainya. PROPA puan tuttttt pada dunia.... biarlah kita masih tidak buta lagi dengan pandangan perspektif masyarakat akan kenyataan puan tuttt. Isyh aku nak sebut nama dia pun geram.. tu yang panggil tuuttttt. 

Ce korang baca link ni lak: http://www.jaakechik.com/2014/06/gambar-remaja-oku-sebelum-terbiar-copy.html semoga korang tahu apa yang salah apa yang benar.. rata-rata banyak dah blog aku baca, kisah ni cukup-cukup buat aku terharu. Cuma masa tidak mengizinkan aku untuk melawat adik yang malang itu. Apa yang boleh aku kongsikan di sini semoga kita semua menjadikan cerita @ kisah ini sebagai tauladan dan pengajaran. Jangan asyik dengan kerja kita je diluar tu sampai anak-anak pun kita tak kisah. Jangan asyik dengan angan-angan kita je sehingga kita abaikan delima yang menjadi penyuluh kita.. Subhanallah... Semoga Allah membalas yang mana benar dan yang mana palsu.. hindarilah kita dari kejadian seperti ini.

JEJAKI BUKIT BROGA - Part 2

ni lar gelagat derang ni.... hahahaa! penat ke tak... ni aku lupo nak masukkan kat part 1.. sempat amik masa kat level 1 n 2...



yeahhh chakkkkk! gojes...



suka suki kita org... sat agi nak naik lik..

ieka poyos.. sesorang gambor

ni kita org rehat sat.. lite pun tak off kan... ponat wei!

hehehee miza check torchlite le tu..

Okey aku continue ye... ahahakz.. so masa dah beratur nak naik tu, wahhh seriau pun ado. Maklumlah... tak pernah panjat batu besar. Nasib ar boys ni ada.. bagus tul derang ni.... Thank you guys! 

posing sat.. ni dah sampai kat atas tau!

Nak tengok gelagat kita orang.. wahh cam le kita orang je yang tawan broga.. perrr baru broga lum agi kinabalu.. hahahaa tak pe ar.. kecik-kecil dulu baru besar... kan...

Tradaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

dah sampai dah... selamatkan. Ups pe agi.. kita orang selfie sat!










Camne okey tak.. mmm banyak agi gambar.. tak muek lak kang atau boring lak korang nengok gambar-gambar ni.... apa yang pasti tak pernah naik tak pernah panjat.. aku dah rasa. NNNNNN aku rasa puas hati.. walaupun kadang-kadang hubby aku kata aku ni gemuk sure tak larat panjat.. ahahaha jangan cengitu.. anda bila... jom....



JEJAKI BUKIT BROGA - Part 1

Kali ini aku saje je nak citer sal aktiviti yang aku baru gledah ni.. Dah tuo-tuo nak naik gak, nak panjat gak bukit. Emmm bukit apo lah yang sudi terima aku ni... Tapi ada aku kisah.. Umur bukan penghalang.. orang tuo pun leh sampai takkan lah oreng mude cam aku ni tak leh sampai.. hushhh malu dong!!

Aku dan team Cyborg Batu Caves, Kuala Lumpur awal-awal lagi dah berkumpul di kedai mamak tepi cyborg tu. Makan dulu minum dulu, Bukan apa, kang lapor kang ha kebuluk lak makan dedaun kat bukit tu. Nak tak nak paksa gak diri minum ayor milo satu! Sementara tunggu yang lain, borak le dulu. Ngumpat sat, janji melayu ni memang gitu.. aku dah bagitau depa kumpul semua kat bawah cyborg kul 3am hingga 3.30am. 3.45am bertolak.. mmm hampeh... ado gak yang buek aku nak marah ni.... datang gak kul 3.40am, pukul 4am pun ado. Sempat agi sembang mak jenah pepagi buto! 

  
alang n ika sempat agi tu tunjuk baju ladies cyborg
Paling best... dan yang kelakar van Mak Yang dah tunggu tu.. pe ce budak-budak ribena ni.. Ehem nah sapa nak no talipon Mak Yang kot-kot korang nak gi gak ke.. amik har. Mak Yang sporting giler, baik dan peramah macam kak Zura gak (owner Cyborg). Aku suka ngan derang ni sebab baik hati.. hahahaa. Korang kalau nak join Cyborg nak join aktiviti banyak agi tau kita orang nak buat ni.. jom.. meh.. korang calling kak zura.. nak? ha pi check kat FB Cyborg Gym Fitness Batu Caves

van makyang kak ipar kak zura (ower cyborg)
Semua dah berkumpul, pa citer.. naik van der!

x tau ar bincang pe agi... 
ni estima Alang
Zura tinjau sat kot-kot ada yang tercicir

Perjalanan yang bermula jam 4.18am dari Cyborg Batu Caves sampai ke destinasi Semenyih Broga mengambil masa 45minit sahaja.. Itupun cepat sebab pagi mana ada jam... sempat gak aku sms hubby aku. Emmm seperti biasa dia takkan jawab sms aku.. kureng.. bukan tidur pun dia, menternet le tu.. Nyway kami dah sampai. Hati tu gembira nok.. dalam pada masa tu takut gak. First time in my life... hahaha! I've never been here since am born (wah speaking lak!)... now dadaaaa am here dude.. Sampai destinasi kami semua pi cari parking.




ta da! ada roadsign banner Bukit Broga
Sebaik sampai je... ni daaa tengok perentry RM2 hinggit! mmm tanah kerajaan ko sodap yo bagi hargo! Ada lagi yang best TANDAS AWAM RM1.. yang sememangnya aku tak paham kenapa mahal gegiler.. sampai giler tangan aku nak kuarkan duit. 1 ringgit malaysia.. fuhh hotel ke pe ni.. mmm rugi aku tak amik gambar kat dalam toilet. Bukan cantik pun... biasa je der! COKIK DARAH!!!

parking kereta, tak penuh lagi..
chak! mai sat kita snap kat tandas paling mahal pernah aku temui.. fuhhh giler mahal siot!
Dah semua siap cicing.. baik lelaki mahupun perempuan.. pe lagi.. aku beri taklimat kecil.. yolar mano tahu tu aku kongsi gak, nasib baik ada kak Salmi Ariffin thank you kak...... bagi info malam tu.. risau aku nok si Dahliya Hamzah tak pergi tetiba katanya sakit kepala sakit hati sakit montot haarrr sakit der... janji kami dah sampai ni. Aku bagi tahu mereka supaya berkumpul semasa mendaki... tak larat bagi tahu jangan paksa diri dan bernafas melalui mulut kalau tak larat nak nafas.. mmm adik angkat aku bagi tahu... tq Mona...

Kami start mendaki.. memang gelap le.. kalau tak silap aku.. kami mendaki pukul 5,21am. Berbekalkan torch light kat kepala dan tangan.. kami bersama menuju puncak.. ehh wahhh teringat lak lagi AF.. kah-kah-kah.. lawak pagi der! Di bahagikan 2 lelaki yang gagah perkasa di hadapan kami, dan dua lagi di belakang. Aduhai sikit nyor.. tak pe ar.. janji ada... cadang mula nak gi tu 7 orang.. hahaha last-last ni yang tinggal. 

2 orang lelaki kat depan tu betul-betul bertanggungjawab. Ketiga aku di belakang dorang. Keempat Kathy. Adik yang comel.. mana gambar dia.. ha karang le aku tunjukkan.. dan seterusnya di belakang aku May laling, Lyn, Miza, Ieka dan lain-lain... Stop jap baru 15minit daki.. penat sikit aku tengok dorang nak naik. So Aku suruh STOPPPP le.. Reena n kawan-kawannya dah naik dulu, lepasi kami. Silakan dik.. kami ni kakak-kakak nak stop sat.. amik nyawa!

Jalan diteruskan lagi.. kali ini... kami berada di dakian yang agak mencabar! penuh lubang sana sini.. tepi kiri kanan dah lah hutan, semak ko.. nak amik gambar pun x leh... adui.. berenti lagi.. kali ini memang pekat giler.. tak nampak kalau tak de torch lite. Ehhh tetiba aku nampak satu cahaya berkilau. Kenapa satu! silauan kerlipan tu kearah aku. Aku pandang je.. tapi dalam hati aku berkata... aku tumpang lalu bukan untuk mengacau tempat mu.. tapi niat aku ikhlas untuk menjiwai keanggunan alam mu...Aku membaca selawat banyak-banyak.. sentiasa di mulutku berkumat kamit sambil ingat Allah tu Ada, Allah tu Maha Memerhati akan segala-galanya. Tak sedar dah sampai di check point Level 1... 

tinggi gak walau di level 1 ni... amik le.. gambo... masa ni kalau tak silap aku kul 5.45 pagi

Kami rehat sebentar sambil ambil gambar... apa lagi pakkal lah gelap. Kalau tak.. habis bateri aku kerjakan... snappp klickkkk chakkk...

sampai gak level 1.. 

chek point level 1, rehat sebentar.. ambil angin pagi
thumb 5 to Kathy tulun kak groupkan gambar-gambar ni
.
di check point level 2



Tiba har kami di level 3 datarannya akhirnya... wah kemain suka tu... upss... kak zura coll... aololooooo tak sempat angkat.. aku coll.. ala ciannya, mesti kak zura risau.. Apa dalam hati aku ni sesuka sangat... namun bukan suka pe sangat tengah pikir camna nak panjat naik tetinggi giler tu... alolo...... ni menguji mental dan fizikal gue! Ha hahaha boleh ke.. panjat batu tu ngan tali ke.. fuhhh tinggi tu..

ni sempat snap sebelum naik.. 
Boleh ke naik.. hahahaha boleh? aduhhhh.. nak tahu tunggu citer aku kat part 2 ye.. aku rest sat...




















Monday 23 June 2014

NGOMEL SAT....

안녕하세요!! Annyeonghaseyo... Hello!!!
"Hai semua.... nak citer tak nak citer tapi puas dah aku mencari mana blog aku yang aku buat since 2009, tak nampak nok! aduhh mak lotih dah nih... aku cari tak jumpo... campur x ingat pasword.. vengong! hahaha! apo nak buek.. aku cari agi blog lain.. mak eh parah.. dah kena hack.. habis ko citer aku semuo dalam tu.. last but not least tak yah har penat meraban.. buat je baru habis cer.. ada masa aku update yang lamo tu.. sajo nak kongsi.. atlese korang leh buat pedoman..ambil iktibar"