Tuesday 24 June 2014

JEJAKI BUKIT BROGA - Part 1

Kali ini aku saje je nak citer sal aktiviti yang aku baru gledah ni.. Dah tuo-tuo nak naik gak, nak panjat gak bukit. Emmm bukit apo lah yang sudi terima aku ni... Tapi ada aku kisah.. Umur bukan penghalang.. orang tuo pun leh sampai takkan lah oreng mude cam aku ni tak leh sampai.. hushhh malu dong!!

Aku dan team Cyborg Batu Caves, Kuala Lumpur awal-awal lagi dah berkumpul di kedai mamak tepi cyborg tu. Makan dulu minum dulu, Bukan apa, kang lapor kang ha kebuluk lak makan dedaun kat bukit tu. Nak tak nak paksa gak diri minum ayor milo satu! Sementara tunggu yang lain, borak le dulu. Ngumpat sat, janji melayu ni memang gitu.. aku dah bagitau depa kumpul semua kat bawah cyborg kul 3am hingga 3.30am. 3.45am bertolak.. mmm hampeh... ado gak yang buek aku nak marah ni.... datang gak kul 3.40am, pukul 4am pun ado. Sempat agi sembang mak jenah pepagi buto! 

  
alang n ika sempat agi tu tunjuk baju ladies cyborg
Paling best... dan yang kelakar van Mak Yang dah tunggu tu.. pe ce budak-budak ribena ni.. Ehem nah sapa nak no talipon Mak Yang kot-kot korang nak gi gak ke.. amik har. Mak Yang sporting giler, baik dan peramah macam kak Zura gak (owner Cyborg). Aku suka ngan derang ni sebab baik hati.. hahahaa. Korang kalau nak join Cyborg nak join aktiviti banyak agi tau kita orang nak buat ni.. jom.. meh.. korang calling kak zura.. nak? ha pi check kat FB Cyborg Gym Fitness Batu Caves

van makyang kak ipar kak zura (ower cyborg)
Semua dah berkumpul, pa citer.. naik van der!

x tau ar bincang pe agi... 
ni estima Alang
Zura tinjau sat kot-kot ada yang tercicir

Perjalanan yang bermula jam 4.18am dari Cyborg Batu Caves sampai ke destinasi Semenyih Broga mengambil masa 45minit sahaja.. Itupun cepat sebab pagi mana ada jam... sempat gak aku sms hubby aku. Emmm seperti biasa dia takkan jawab sms aku.. kureng.. bukan tidur pun dia, menternet le tu.. Nyway kami dah sampai. Hati tu gembira nok.. dalam pada masa tu takut gak. First time in my life... hahaha! I've never been here since am born (wah speaking lak!)... now dadaaaa am here dude.. Sampai destinasi kami semua pi cari parking.




ta da! ada roadsign banner Bukit Broga
Sebaik sampai je... ni daaa tengok perentry RM2 hinggit! mmm tanah kerajaan ko sodap yo bagi hargo! Ada lagi yang best TANDAS AWAM RM1.. yang sememangnya aku tak paham kenapa mahal gegiler.. sampai giler tangan aku nak kuarkan duit. 1 ringgit malaysia.. fuhh hotel ke pe ni.. mmm rugi aku tak amik gambar kat dalam toilet. Bukan cantik pun... biasa je der! COKIK DARAH!!!

parking kereta, tak penuh lagi..
chak! mai sat kita snap kat tandas paling mahal pernah aku temui.. fuhhh giler mahal siot!
Dah semua siap cicing.. baik lelaki mahupun perempuan.. pe lagi.. aku beri taklimat kecil.. yolar mano tahu tu aku kongsi gak, nasib baik ada kak Salmi Ariffin thank you kak...... bagi info malam tu.. risau aku nok si Dahliya Hamzah tak pergi tetiba katanya sakit kepala sakit hati sakit montot haarrr sakit der... janji kami dah sampai ni. Aku bagi tahu mereka supaya berkumpul semasa mendaki... tak larat bagi tahu jangan paksa diri dan bernafas melalui mulut kalau tak larat nak nafas.. mmm adik angkat aku bagi tahu... tq Mona...

Kami start mendaki.. memang gelap le.. kalau tak silap aku.. kami mendaki pukul 5,21am. Berbekalkan torch light kat kepala dan tangan.. kami bersama menuju puncak.. ehh wahhh teringat lak lagi AF.. kah-kah-kah.. lawak pagi der! Di bahagikan 2 lelaki yang gagah perkasa di hadapan kami, dan dua lagi di belakang. Aduhai sikit nyor.. tak pe ar.. janji ada... cadang mula nak gi tu 7 orang.. hahaha last-last ni yang tinggal. 

2 orang lelaki kat depan tu betul-betul bertanggungjawab. Ketiga aku di belakang dorang. Keempat Kathy. Adik yang comel.. mana gambar dia.. ha karang le aku tunjukkan.. dan seterusnya di belakang aku May laling, Lyn, Miza, Ieka dan lain-lain... Stop jap baru 15minit daki.. penat sikit aku tengok dorang nak naik. So Aku suruh STOPPPP le.. Reena n kawan-kawannya dah naik dulu, lepasi kami. Silakan dik.. kami ni kakak-kakak nak stop sat.. amik nyawa!

Jalan diteruskan lagi.. kali ini... kami berada di dakian yang agak mencabar! penuh lubang sana sini.. tepi kiri kanan dah lah hutan, semak ko.. nak amik gambar pun x leh... adui.. berenti lagi.. kali ini memang pekat giler.. tak nampak kalau tak de torch lite. Ehhh tetiba aku nampak satu cahaya berkilau. Kenapa satu! silauan kerlipan tu kearah aku. Aku pandang je.. tapi dalam hati aku berkata... aku tumpang lalu bukan untuk mengacau tempat mu.. tapi niat aku ikhlas untuk menjiwai keanggunan alam mu...Aku membaca selawat banyak-banyak.. sentiasa di mulutku berkumat kamit sambil ingat Allah tu Ada, Allah tu Maha Memerhati akan segala-galanya. Tak sedar dah sampai di check point Level 1... 

tinggi gak walau di level 1 ni... amik le.. gambo... masa ni kalau tak silap aku kul 5.45 pagi

Kami rehat sebentar sambil ambil gambar... apa lagi pakkal lah gelap. Kalau tak.. habis bateri aku kerjakan... snappp klickkkk chakkk...

sampai gak level 1.. 

chek point level 1, rehat sebentar.. ambil angin pagi
thumb 5 to Kathy tulun kak groupkan gambar-gambar ni
.
di check point level 2



Tiba har kami di level 3 datarannya akhirnya... wah kemain suka tu... upss... kak zura coll... aololooooo tak sempat angkat.. aku coll.. ala ciannya, mesti kak zura risau.. Apa dalam hati aku ni sesuka sangat... namun bukan suka pe sangat tengah pikir camna nak panjat naik tetinggi giler tu... alolo...... ni menguji mental dan fizikal gue! Ha hahaha boleh ke.. panjat batu tu ngan tali ke.. fuhhh tinggi tu..

ni sempat snap sebelum naik.. 
Boleh ke naik.. hahahaha boleh? aduhhhh.. nak tahu tunggu citer aku kat part 2 ye.. aku rest sat...




















No comments:

Post a Comment